Jumaat, 17 Disember 2010

Profail Teluk Bahang


Teluk Bahang terletak di daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Keluasan Teluk Bahang adalah 4247.60 hektar yang terdiri daripada 2 mukim. terdapat 6 buah kampung dalam Teluk Bahang iaitu Kampung teluk Awak, Kampung Masjid, Kampung Rawai, Kampung Nelayan, kampung Desa Indah dan kampung Pekan.
Bilangan penduduk di Teluk Bahang dianggarkan seramai 13 500 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. majoriti kaum yang tinggal di Teluk bahang ialah kaum melayu iaitu sebanyak 7871 orang dan peratusnya sebanyak 58.3 peratus, manakala bagi kaum cina 5,103 orang dan peratusnya 37.8 peratus. Kaum india pula terdiri daripada 377 orang iatu 2.5 peratus dan selebihnya bagi lain-lain kaum adalah 189 orang iaitu 1.4 peratus.
Selain itu sumber ekonomi penduduk Teluk Bahang yang bergantung kepada sektor kerajaan dan swasta sebanyak 55 peratus. manakala sektor perikanan pula sebanyak 20 peratus, sektor pelancongan sebanyak 10 peratus, sektor peniagaan sebanyak 8 peratus, sektor pertanian sebanyak 5 peratus dan sektor lain-lain sebanyak 2 peratus. Hal ini kerana kebanyakkan penduduk Teluk Bahang terdiri daripada pekerja kerajaan, swasta, nelayan, pelancongan, pertanian dan lain-lain.

2 ulasan:

  1. Salam
    Sila rujuk fakta Penduduk Teluk Bahang
    http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/05Jadual_Mukim_negeri/Mukim_PPinang.pdf

    BalasPadam
  2. Itu bukan penduduk Teluk bahang,Itu jumlah pengundi.Penduduk teluk Bahang tak sampai 10K.sila betulkan fakta

    BalasPadam